Subscribe to RSS feed

Wednesday, December 28, 2011

Dana kecil-kecilan 2012!


Assalamualaikum. Haa mari tengok apa yang sudah berubah disini. Dekat blog ni telah ditambah satu ruangan di sebelah kanan, TABUNG KITA!

BAGAIMANA IA BERFUNGSI?
Dana ini adalah dlm bentuk iklan daripada nuffnang!


Apa it nuffnang? nuffnang merupakan program pengiklanan yang memberi peluang kepada para blogger menjana pendapatan dari blog-blog mereka. Bagaimana nuffnang berfungsi, setelah anda sign up account dengan mereka anda akan diberikan kod html ads yang anda perlu cut and paste diblog anda bagi membolehkan iklan itu terpapar diblog anda. Bila ada klik pada iklan oleh pengunjung blog anda disitu anda mendapat bayaran.

Oh kalau begitu mudah sahajalah, saya akan suruh kawan saya klik banyak2. Opps JANGAN! di sini akan terjadi click fraud, iaitu penipuan klik. Click fraud adalah dilarang sama sekali, jika dilakukan juga akaun kita akan diban tanpa belas kasihan. Jadi, click only when you feel interested.

Pendapatan yang boleh dijana tidaklah banyak sangat tapi bolehlah sambil-sambil kan alang-alang ada blog ni. Namun yang penting adalah Berkat Ilahi..rezeki itu tidak semestinya berbentuk fizikal kan?Allah ada bermacam cara yang unik nak kurniakan kita rezeki. Hanya jangan pernah berputus asa daripada rahmat-Nya.

nak tahu lebih lanjut? layari laman web nuffnang.

Jadi, ada sesiapa yang nak beri pendapat?kata debators, bring it on! :D

***Selamat tahun baru para cerdik pandai sekalian~ Semoga tahun ini lebih banyak mendekatkan kita kepada-Nya dengan usaha kita yang kerdil ini...

Saturday, November 19, 2011

Ranking Debater..

Bismillhirrahmanirrahim..
buat para peserta IIDC'11..
berikut adalah kedudukan setiap peserta..


Tahniah!

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.
selesai sudah Islah Intra-school Debating Championship 2011

Tahniah diucapkan kepada krew-krew IIDC'11..
yang telah bertungkus lumus untuk menjayakan IIDC'11 ini..

Semoga pada tahun 2012..
kita dapat perbaiki lagi segala kekurangan dari IIDC'11 ini,

Tahniah juga diucapkan kepada para peserta IIDC kali ini,

kerana memberi kerjasama menyertai IIDC 2011.

Semuanya hebat-hebat belaka.

Tahniah kepada yang berjaya menawan pentas final IIDC'11 ini.
bagi yang masih belum berjaya.
selamat berusaha lagi.

Teruskan Belajar.
Selamat Berjuang membawa nama Islah & Islam..
Selamat Maju Jaya..

Wassalam...




Tuesday, November 8, 2011

SENARAI USUL IIDC..

Assalamualaikum..
hai adik2 semua..
macamana dengan persiapan untuk IIDC
yg semakin hampir..
harapnya adik2 sentiasa bersedia..
berikut adalah antara usul2 yg telah dipersetujui untuk diperdebatkan..
selamat bersidang..

  1. Boiboiboi lebih baik daripada Upin dan Ipin
  2. Pemansuhan PMR satu kewajaran
  3. Masalah Disiplin : Hukuman rotan perlu dilaksanakan
  4. Gosip mengangkat artis Malaysia
  5. Kalau hendak popular, ‘Youtube’ tempatnya.
  6. Facebook mengeratkan hubungan rakyat Malaysia
  7. Pemansuhan PPSMI satu kesilapan
  8. Demostrasi bukti demokrasi
  9. Bola sepak tidak layak menjadi sukan teras negara.
  10. Yuna pengganti terbaik Siti Nurhaliza
  11. Semua nak jadi penyanyi : Salah ibu bapa
  12. Hukuman mati diperlukan bagi pesalah buang bayi di Malaysia
  13. Perhimpunan setiap pagi di PPAI wajar dikembalikan
  14. Justin Bieber wajar menjadi idola remaja
  15. PPAI memerlukan padang bola sepak yang baru
  16. Penggunaan telefon bimbit di sekolah wajar
  17. 1 Malaysia hanya retorik
  18. Filem berunsur tahyul menjejaskan pemikiran masyarakat
  19. Pakaian seragam PPAI perlu ditukar
  20. Mak Nyah perlu dihormati

ana harap adik2 tidak penghampakan kami..
maka,sila teliti setiap usul ini dan lakukan kajian anda..
wassalam..

~alumni KDI 2010~