Subscribe to RSS feed

Wednesday, December 28, 2011

Dana kecil-kecilan 2012!


Assalamualaikum. Haa mari tengok apa yang sudah berubah disini. Dekat blog ni telah ditambah satu ruangan di sebelah kanan, TABUNG KITA!

BAGAIMANA IA BERFUNGSI?
Dana ini adalah dlm bentuk iklan daripada nuffnang!


Apa it nuffnang? nuffnang merupakan program pengiklanan yang memberi peluang kepada para blogger menjana pendapatan dari blog-blog mereka. Bagaimana nuffnang berfungsi, setelah anda sign up account dengan mereka anda akan diberikan kod html ads yang anda perlu cut and paste diblog anda bagi membolehkan iklan itu terpapar diblog anda. Bila ada klik pada iklan oleh pengunjung blog anda disitu anda mendapat bayaran.

Oh kalau begitu mudah sahajalah, saya akan suruh kawan saya klik banyak2. Opps JANGAN! di sini akan terjadi click fraud, iaitu penipuan klik. Click fraud adalah dilarang sama sekali, jika dilakukan juga akaun kita akan diban tanpa belas kasihan. Jadi, click only when you feel interested.

Pendapatan yang boleh dijana tidaklah banyak sangat tapi bolehlah sambil-sambil kan alang-alang ada blog ni. Namun yang penting adalah Berkat Ilahi..rezeki itu tidak semestinya berbentuk fizikal kan?Allah ada bermacam cara yang unik nak kurniakan kita rezeki. Hanya jangan pernah berputus asa daripada rahmat-Nya.

nak tahu lebih lanjut? layari laman web nuffnang.

Jadi, ada sesiapa yang nak beri pendapat?kata debators, bring it on! :D

***Selamat tahun baru para cerdik pandai sekalian~ Semoga tahun ini lebih banyak mendekatkan kita kepada-Nya dengan usaha kita yang kerdil ini...