Subscribe to RSS feed

Saturday, June 11, 2011

WIKILEAKS..

Tahukah sahabat sekalian apa itu wikileaks?

Wikileaks telah diasaskan oleh seorang rakyat Australia yang bernama Julian Assange. Beliau telah dilahirkan pada tahun 1971 di Townsville, Queensland. Bekerja sebagai ketua pengarang dan jurucakap Wikileaks. Sebelum Wikleaks, beliau ialah seorang penuntut universiti Melbourne, hacker dan programmer komputer. Beliau telah menubuhkan Wikileaks pada tahun 2006 dan memberikan berita-berita penting dan informasi kepada orang ramai dengan cara mereka sendiri. Antara anugerah yang dimenangi Wikileaks:

(2008) – Economist Index on Censorship Freedom of Expression award
(2009) – Amnesty International human rights reporting award

Julian Assange diundi no 23 di kalangan “50 tokoh Berpengaruh di Dunia 2010″ majalah British, New Statesman. Dinamakan sebagai salah seorang daripada “25 TOkoh berwawasan yang mengubah dunia” Dalam majalah Utne Reader terbitan November / Disember. Beliau juga dipilih dalam majalah Time sebagai “Tokoh Tahun 2010″ pilihan pembaca.

Banyak pandedahan didedahkan oleh laman web Wikileaks, lebih 250,000 dokumen diplomatik yang mengandungi maklumat sulit Amerika Syarikat (AS) dan dikaitkan dengan beberapa negara. Penyelidikan nuklear Pakistan, Pemimpin-peminpin negara Arab terhadap Iran, dan sebagainya. Dokumen-dokumen lain mengenai serangan siber China terhadap Google, Penyatuan semula Korea, Kenyataan Presiden Yemen mengenai serangan ke atas al-Qaeda, Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi dan Gerrard rasa banyak lagi kot dokumen yang akan dibongkarkan.

Wikileaks menggambarkan AS sebagai kuasa besar hipokrit dan imej ‘jahat’ dikatakan secara tertutup berbanding imej ‘baik’ yang ditinjolkan. White House berkata pendedahan tersebut tidak berasas dan membawa risiko kepada diplmat, pegawai risikan dan semua individu yang datang ke AS. Rasa macam nak sokong Wikileaks lak bila tahu semua benda ni.

Terkini, Julian Assange ditahan atas dakwaan dia mencabul dan merogol dua wanita di Sweden dan telah dibebaskan dengan jaminan tetapi dikehendaki melaporkan diri di balai polis berhampiran dan memakai tag elektronik. Bank of America juga menghalang sebarang transaksi dengan Wikileaks kerana percaya mereka mungkin terlibat dengan aktiviti tidak sesuai dengan dasar dalaman bank. MasterCard, PayPal dan juga Visa Europe juga turut menghalang transaksi ke lawan tersebut. Walaubagaimana pun, Wikileaks masih diteruskan dengan lancar dan pendedahan maklumat setiap hari dan tidak akan berubah.

Malaysia pun tidak berkecuali dari menjadi mangsa Wikileaks apabila ianya mendedahkan mengenai kes Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Dato’ Sri Najib Tun Razak, Singapura, kaitan peluru berpandu dan mungkin masih banyak lagi. Seperti yang kita mahu, tiada tipu-menipu, konspirasi dalam semua perkara dan harap pendedahan ni bakal memberitahu yang mana salah dan benar.

Tujuan website ini adalah untuk mendedahkan dokumen sulit lagi kontroversi dan sehingga kini mereka mendakwa mempunyai 1.2 juta dokumen rahsia dalam simpanan mereka. Sumber dari mana dokumen ini didapati tidak diketahui

Contoh pembocoran yg dilakukan :

2010

Pada April 2010, WikiLeaks menghantar video serangan helikopter 2007 di mana orang awam Iraq dan kakitangan Reuters dibunuh oleh tentera A.S., di sebuah tapak web yang dipanggil Collateral Murder. Pada Julai pula, WikiLeaks mengeluarkan Diari Perang Afghan, susunan lebih 76,900 dokumen risikan A.S. mengenai Perang Afghanistan.Pada Oktober tahun yang sama, tapak web ini mengeluarkan pula hampir 400,000 dokumen yang dipanggil Log Perang Iraq dengan kerjasama pertubuhan media komersil utama. Seterusnya pada November, ia mula membocorkan lebih 250,000 kawat diplomatik A.S., sekali lagi dengan kerjasama beberapa pertubuhan akhbar komersil utama.Sekitar 100,000 dilabel "sulit" manakala ~15,000 dokumen lagi dilabel "rahsia".


Fakta yg berkaitan dengan Wikileaks :

21 Dis - AS Kaji Tindakan Terhadap Assange

Di MADRID, akhbar Sepanyol, El Pais memetik Assange sebagai berkata, dia berada dalam “keadaan penahanan berteknologi tinggi” walaupun dibebaskan dengan jaminan oleh sebuah mahkamah Britain minggu lalu sementara menentang perintah ekstradisi ke Sweden, di mana dia dikehendaki untuk disoal siasat berhubung dakwaan jenayah seks.

Biden ditanya sama ada beliau berpendapat Assange seorang pengganas berteknologi tinggi atau pembocor rahsia sama dengan mereka yang mendedahkan Kertas Pentagon - satu siri dokumen sulit penting mendedahkan dasar tentera Amerika di Vietnam.

Satu laporan oleh penyelidik kongres mendapati Akta Perisikan dan undang-undang lain Amerika boleh digunakan untuk mendakwanya, namun tiada kes sebelumnya yang boleh dirujuk untuk mendakwa penerbit itu.

Laporan media menyatakan pendakwa Amerika cuba menyabitkan kes terhadap Assange atas alasan dia menggalakkan seorang askar, Bradley Manning, kini dalam tahanan Amerika, supaya mencuri kabel Amerika daripada sebuah komputer kerajaan dan memberinya kepada WikiLeaks. Assange menafikan mengenali Manning. Biden jelas nampaknya membuka ruang untuk pendakwaan ke atas Assange.

Sumber ini disunting dari Berita Harian


Wikileaks: Hubungan dengan negara sabahat tidak terjejas

13/12/2010 8:16pm

SINGAPURA 13 Dis. — Singapura menyatakan bahawa laporan terkini Wikileaks yang membabitkan pemimpin dan pegawainya mengenai kenyataan yang memudaratkan hubungan persahabatan dengan negara-negara sahabat, tidak akan menjejaskan hubungan republik ini dengan negara berkenaan.

"Hubungan ini telah dibina atas landasan yang kukuh dengan berkongsi kepentingan dan kerjasama untuk manfaat bersama dalam banyak bidang,” kata seorang jurucakap Kementerian Hal Ehwal Luar.

"Singapura mempunyai hubungan, gigih dan positif sekian lama dengan semua negara di rantau ini,” kata jurucakap itu sambil menambah negara-negara berdasarkan hubungan mengenai kepentingan mereka sendiri dan “bukan cakap-cakap atau mengumpat”.

Jurucakap itu menjawab pertanyaan media mengenai laporan akhbar Australia mengenai kabel Kedutaan Amerika Syarikat yang dibocorkan oleh Wikileaks semalam.

Kabel itu, mencatatkan pada 2008 dan 2009, menunjukkan kenyataan yang mengutuk Malaysia, Thailand, Jepun dan India oleh para pegawai kanan Singapura dalam pertemuan dengan para pegawai kanan Amerika Syarikat.

"Laporan akhbar itu berdasarkan interpretasi Amerika Sayrikat mengenai perbualan sulit yang tidak memberikan konteks sepenuhnya, dan dalam sesetengah kes, adalah daripada sumber pihak ketiga,” kata jurucakap itu.
"Sebagai prinsipnya, kementerian itu tidak mengulas mengenai kebocoran itu,” tambah beliau.

Ditanya jika beliau menjangkakan bahawa laporan Wikileaks seterusnya akan mengandungi komen yang kritikal mengenai Singapura oleh negara-negara lain, jurucakap itu berkata: “Beribu-ribu kabel bocor daripada perwakilan diplomatik Amerika Syarikat di seluruh rantau kita.

"Saya sangat terkejut jika Singapura bukan menjadi perkara sekurang-kurangnya sesetengah daripada mereka. Seperti yang saya katakan sebelum ini, kementerian tidak mengulas mengenai kebocoran itu.”
“Singapura menganggap kebocoran maklumat sulit sangat serius dan tidak akan bertolak ansur,” tambah jurucakap itu. - Bernama


Friday, June 10, 2011

ISU OBESITI DI MALAYSIA(2011)

Apa itu obesiti?
1.obesiti ialah sejenis penyakit nutrisi
2.seseorang boleh dikatakan obes apabila indeks jisim badan(BMI)melebihi kadar 40/35
3.berat badannya melebihi 30% drpd julat normal bg tinggi bdn,jantina dan umurnya

Statistik

Menteri Kesihatan Datuk Chua Jui Meng berkata , kajian mendapati hampir 3 juta rakyat Malaysia mengalami masalah kegemukan atau obesiti pada tahun 2000.

Kegemukan di kalangan kaum India sebanyak 25.6 peratus diikuti Melayu sebanyak 22.4 peratus dan Cina 19.5 peratus.

Mengikut statistik yang ditunjukkan, obesiti di kalangan penduduk Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas meningkat tiga kali ganda daripada 4.4 peratus pada 1996 kepada 14 peratus pada 2006. Berdasarkan kepada kajian yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan, kadar kegemukan dan obesiti di Malaysia adalah tinggi berbanding negara-negara lain di rantau ini. Di Malaysia, 4 orang daripada 10 orang dewasa mengalami masalah kegemukan ataupun obesiti.

KUALA LUMPUR, 3 Julai 2010(Bernama) -- Empat daripada 10 orang dewasa yang melebihi usia 18 tahun di negara ini sama ada mengalami kegemukan atau terlebih berat badan, kata Menteri Kesihatan Datuk Liow Tiong Lai.

16 Nov - 16.2 Juta Rakyat Alami Kegemukan

gemuk

KUALA LUMPUR: Seramai 16.2 juta atau 60 peratus rakyat di negara ini dikesan mengalami masalah kegemukan seawal usia kanak-kanak lagi, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, 8.1 juta penduduk atau 30 peratus mengalami masalah berat badan, manakala 30 peratus lagi mengalami masalah kegemukan berlebihan (obesiti).

Katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Ahli Lembaga Pelawat Hospital 2010 di sini, Masalah berat badan dan obesiti ini menyebabkan penyakit kronik yang tidak berjangkit seperti jantung, darah tinggi, barah buah pinggang dan diabetes. Penyakit ini boleh dielak dan dicegah dari semasa ke semasa tetapi kita dapati trend penyakit ini semakin meningkat.

Masalah ini disebabkan gaya hidup rakyat di negara ini dan kita tiada pilihan, melainkan perlu mengadakan pelbagai kempen dan program kesedaran bagi membolehkan rakyat mempunyai pengetahuan dan kemahiran untuk mengelak penyakit kronik berkenaan.

Turut hadir, Timbalannya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin. Sementara itu, Liow mengumumkan kementerian akan menyalurkan peruntukan kewangan RM10,000 kepada setiap Lembaga Pelawat Hospital (LPH) di 112 hospital di seluruh negara, pada tahun depan.

Katanya lagi, peruntukan ini disalurkan terus kepada akaun LPH bagi menjalankan aktiviti dan program bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan hospital dan kesejahteraan pesakit. Liow berkata, bermula tahun depan, mereka juga diberi tanggungjawab dan peranan lebih berat termasuk menganjurkan pelbagai program kesedaran untuk meningkatkan pengetahuian kesihatan rakyat.

Beliau berkata, kementerian juga mewujudkan sistem penarafan bintang bagi semua LPH dan sebagai permulaan, 18 hospital negeri dan utama dibuat penilaian berdasarkan beberapa kriteria termasuk pengendalian mesyuarat, projek, aktiviti serta lawatan, selain idea dan inovasi diterapkan dalam menambahbaik perkhidmatan hospital dan pesakit.

Katanya, antara LPH mendapat pengiktirafan empat bintang ialah Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang Selangor; Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu; Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh; Hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu dan Hospital Pulau Pinang.

LPH yang mendapat tiga bintang ialah Hospital Tuanku Fauziah, Kangar; Hospital Tuanku Jaafar, Seremban; Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star; Hospital Melaka, Hospital Kuala Lumpur, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan; Hospital Selayang dan Hospital Putrajaya.

Berita disunting daripada sumber : Berita Harian

26 Apr - 6 NGO Mahu Syarat Jual Nasi Lemak Ditarik

nasi-lemak2

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersama 15 badan bukan kerajaan (NGO) semalam, mendesak Kementerian Kesihatan menarik semula keputusan menetapkan jualan nasi lemak

dilakukan secara giliran di sekolah.

Difahamkan, nasi lemak hanya boleh dijual dua kali seminggu mengikut garis panduan ditetapkan kementerian.

Antara NGO lain turut menyatakan rasa tidak puas hati itu termasuk Majlis Permuafakatan Ayahanda SeMalaysia (PERMAS), Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Perpaduan Ummah Teras Negara (PUTRA), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Seni Bela Diri Vovinam.

Penasihat PPIM, Tunku Azwil Tunku Abdul Razak, berkata mereka berasa keputusan larangan penjualan itu dibuat secara tergesa-gesa, manakala kesannya tidak dikaji melalui kaedah saintifik.

Katanya, susulan larangan berkenaan dan kesan kononnya menyebabkan obesiti di kalangan rakyat, sudah mengakibatkan kerugian di kalangan pengusaha kantin serta peniaga kecil Melayu yang menjalankan perniagaan terbabit.

Menurutnya sehubungan itu, PPIM, PERMAS dan gabungan NGO Melayu lain mendesak kementerian mengkaji semula larangan ini berikutan dakwaan berkenaan tidak tepat, menyeluruh serta mempunyai agenda tersembunyi yang boleh menyekat pertumbuhan ekonomi orang Melayu.

Mereka berpendapat pelbagai langkah boleh diambil kementerian seperti menyekat penjualan makanan ringan, air berkarbonat, makanan sejuk beku yang masih berleluasa dijual di kantin dan luar sekolah.

Selain itu, penekanan berhubung pengajaran pemakanan seimbang dan gaya hidup sihat harus ditekankan kerana pelajar masa kini kurang beriadah, sebaliknya lebih gemar melayari internet menggunakan i-Pad, i-Phone dan laman sosial Facebook.

Hadir sama, Penasihat PERMAS, Syed Husin Al-Shahab, Presiden Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Kol Prof Datuk Dr Kamarudin Kachar, Timbalan Presiden Seni Bela Diri Vovinam, Datuk Faizal Musa, Presiden GPMS, Jais Abdul Karim dan wakil PUTRA, Hashnoel Murshim Hashim.

Pada sidang media itu, Tunku Azwil turut melontarkan tujuh soalan kepada kementerian untuk dinilai iaitu jika Malaysia berada di tangga keenam paling ramai menghadapi obesiti, apakah penduduk lima negara lain menjadikan nasi lemak makanan harian sehingga mempunyai masalah kegemukan.

Beliau turut mempersoalkan adakah burger, roti canai, mi, kuey teow, bihun dan makanan ringan yang bahan pelunturnya bahaya kepada pemakanan lebih baik daripada nasi lemak, selain sama ada Kementerian Kesihatan tidak sensitif bahawa nasi lemak satu daripada ikon makanan negara sebelum mengeluarkan kenyataan.

Sementara itu, Jais berkata, pihaknya tidak bersetuju cadangan kementerian berhubung punca obesiti, sebaliknya ia disebabkan pengambilan makanan barat seperti burger, nuget dan mee.

Katanya nasi lemak adalah makanan paling murah dan mampu dibeli pelajar dan kenapa ia dijadikan sasaran.

Bagi Dr Kamarudin, nasi lemak mengandungi karbohidrat yang boleh memberi tenaga untuk bergerak atau bekerja.

Disunting Daripada Berita Harian



Thursday, June 9, 2011

INTIPATI BAJET 2011

Intipati Bajet 2011



* Pembinaan projek pembangunan bercampur termasuk kediaman mampu milik bernilai RM10 bilion di Sungai Buloh yang dijangka siap pada 2025.

* Pembinaan projek bersepadu "Warisan Merdeka" dengan menara 100 tingkat tertinggi di Malaysia bernilai RM5 bilion yang dijangka siap pada 2015.

* Pembangunan Zon Akuakultur Bersepadu di Pitas, Sungai Telaga dan Sungai Padas di Sabah serta di Batang Ai dan Tanjung Manis di Sarawak dengan peruntukan RM252 juta.

* Peruntukan RM135 juta bagi persediaan prasarana asas menggalakkan petani menceburi bidang bernilai tinggi seperti industri sarang burung walit.

* Melanjutkan galakan potongan cukai pendapatan bagi pelabur dan pengecualian cukai pendapatan bagi syarikat dalam aktiviti pengeluaran bahan makanan sehingga 2015.

* RM85 juta untuk membina kemudahan infrastruktur bagi membolehkan hotel dan pusat peranginan di kawasan pedalaman yang berpotensi menarik pelancong.

* RM50 juta bagi membina beberapa laluan pejalan kaki berbumbung di kawasan lingkaran KLCC-Bukit Bintang.

* Pembangunan pusat peranginan bersepadu eco-nature pertama di dunia bernilai RM3 bilion oleh Nexus Karambunai di Sabah bermula tahun depan.

* Pemansuhan duti import ke atas 300 barangan kegemaran pelancong dan rakyat tempatan pada kadar lima peratus sehingga 30 peratus bagi menjadikan Malaysia destinasi utama membeli-belah di Asia.

* RM119 juta untuk membangunkan penciptaan kandungan tempatan, hosting kandungan tempatan dan pembukaan saluran baru untuk kandungan.

* Pengecualian cukai jualan ke atas semua jenis telefon bimbit.

* RM850 juta bagi menyediakan infrastruktur sokongan untuk mempercepatkan pembangunan koridor dan wilayah.

* RM411 juta untuk melonjak ekonomi ke arah sebuah negara berpendapatan tinggi, aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan sebagai landasan peningkatan aktiviti nilai ditambah dalam setiap bidang ekonomi.

* Penubuhan Unit Inovasi Khas (UNIK) di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan peruntukan RM71 juta bagi tahun depan untuk mengkomersilkan hasil penemuan R&D oleh universiti dan institusi penyelidikan.

* RM200 juta untuk perolehan hasil kreatif seperti filem, drama dan dokumentari keluaran tempatan yang berkualiti tinggi.

* Kadar cukai perkhidmatan dicadang dinaikkan satu peratus kepada enam peratus untuk menjamin kesejahteraan masa hadapan negara.

* Cukai perkhidmatan juga dicadang dikenakan ke atas perkhidmatan penyiaran TV berbayar.

* Meningkatkan penguatkuasaan dan pengauditan serta memperluaskan liputan ke atas semua pihak yang sepatutnya membayar cukai bagi memantapkan kutipan hasil.

* Menyusun semula dan memperkukuhkan aspek pendidikan dan latihan dengan belanja mengurus RM29.3 bilion untuk Kementerian Pelajaran, RM10.2 bilion (Kementerian Pengajian Tinggi) dan RM627 juta (Kementerian Sumber Manusia).

* Menubuhkan "Talent Corporation" di bawah Jabatan Perdana Menteri pada awal 2011 untuk membangunkan pangkalan data tenaga kerja berkepakaran serta menjalin kerjasama dengan jaringan bakat di seluruh dunia.

* RM212 bilion diperuntukkan bagi Bajet 2011 iaitu 2.8 peratus lebih tinggi berbanding peruntukan 2010.


* Daripada jumlah itu, RM162.8 bilion adalah bagi perbelanjaan mengurus dan RM49.2 bagi perbelanjaan pembangunan.


* Di bawah peruntukan mengurus, RM45.6 bilion adalah bagi emolumen dan RM28.2 bilion bagi perkhidmatan dan bekalan, RM86.4 billion diperuntukkan kepada Pemberian dan Kenakan Bayaran Tetap.


* Sejumlah RM1.4 bilion disediakan untuk pembelian aset dan RM1.2 bilion untuk perbelanjaan lain.

* Bgi pruntukan pembangunan, RM28.3 bilion disediakan bagi sektor ekonomi untuk menampung keperluan infrastruktur, perindustrian serta pertanian dan pembangunan luar bandar

* Sejumlah RM15.5 bilion diperuntukkan bagi sektor sosial termasuk pendidikan dan latihan, kesihatan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat.

* RM4.4 bilion diperuntukkan bagi pembangunan sektor keselamatan, RM955 juta bagi pentadbiran am dan RM2 bilion untuk simpanan luar jangka.



* Dari segi kutipan hasil Kerajaan Persekutuan bagi 2011, jumlahnya dianggarkan meningkat 2.3 peratus kepada RM165.8 bilion berbanding RM162.1 bilion pada 2010.

* Defisit Kerajaan Persekutuan bagi 2011 dijangka terus berkurangan kepada 5.4 peratus daripada KDNK berbanding 5.6 peratus pada 2010.

* Untuk Kementerian Pelajaran, peruntukan pembangunan sebanyak RM6.4 billion disediakan bagi membina dan menaik taraf sekolah, asrama, kemudahan dan peralatan serta memartabatkan profesion guru.

* RM213 juta lagi dibajet sebagai ganjaran kepada sekolah berprestasi tinggi serta imbuhan kepada Pengetua atau Guru Besar dan Guru Cemerlang.


* Pendaftaran prasekolah akan ditingkatkan dengan sasaran 72 peratus menjelang akhir 2011 melalui penambahan 1,700 kelas, pemantapan kurikulum serta pelantikan 800 guru prasekolah lepasan ijazah.

* RM111 juta diperuntukkan bagi program PERMATA antaranya bagi pembinaan fasa 2 Kompleks Sekolah PERMATA Pintar, membina 32 Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) dan membiayai operasi 52 PAPN yang sudah siap.

* RM250 juta diperuntukkan bagi sekolah bantuan modal agama, sekolah bantuan modal jenis kebangsaan Cina, sekolah kebangsaan Tamil, sekolah bantuan modal mubaligh dan sekolah bantuan kerajaan seluruh negara.

* Kerajaan juga bersetuju membiayai bantuan per kapita untuk sekolah-sekolah agama rakyat rendah dan menengah dengan peruntukan RM95 juta sebagai mengiktiraf pendidikan Islam.

* Bagi menyediakan guru serta tenaga pengajar kompeten dan berkualiti yang dapat membimbing dan mendidik pelajar sekolah dengan sebaiknya, kerajaan menyediakan RM576 juta dalam bentuk biasiswa kepada mereka yang ingin melanjutkan pelajaran.

* Sejumlah RM213 juta diperuntukkan bagi mengangkat tinggi penguasaan Bahasa Malaysia, mempersadakan Bahasa Inggeris dan memperkemaskan kurikulum standard sekolah rendah.

* Kerajaan bersetuju untuk mengambil 375 guru penutur jati antaranya daripada United Kingdom dan Australia untuk meningkatkan lagi pengajaran Bahasa Inggeris.
* Peratusan staf akademik berkelulusan PhD ditambah kepada 75 peratus bagi universiti penyelidikan dan 60 peratus bagi IPTA lain dengan peruntukan RM20 juta.

* Skim Rumah Pertamaku dengan jaminan kerajaan ke atas bayaran pendahuluan 10 peratus bagi harga rumah di bawah RM220,000.

* Menyediakan Skim Pembiayaan Perumahan Kos Rendah untuk pekerja estet oleh BSN.

* Program Bantuan Rumah (12,000 unit) untuk golongan miskin dan miskin tegar dengan peruntukan RM300 juta.

* Mewujudkan "Portal 1Malaysia Pengguna Bijak".

* Memperkenalkan Program Pengedaran Barang Perlu bagi menyeragamkan harga barangan.

* Memperkenalkan Program Transformasi Kedai Runcit, Bengkel Automotif dan Projek Pasar Komuniti.

* Melancarkan Dana Pencen Swasta.

* Melancarkan Skim Amanah Hartanah Bumiputera bernilai RM1 bilion dan patuh syariat.
* Menyediakan multivitamin untuk pelajar sekolah rendah seluruh negara.

* Meneruskan program subsidi bayaran bil elektrik bagi penggunaan bawah RM20 sebulan.
* Kadar tol di empat lebuh raya milik PLUS Expressway Bhd tidak akan dinaikkan bagi tempoh lima tahun akan datang bermula serta-merta.

* Mengkaji semula had minimum kebankrapan yang pada masa ini berjumlah RM30,000.

* Permohonan PR boleh dilakukan selepas lima tahun.

* Menyediakan empat bas sebagai Klinik Bergerak.

* Merangka Model Baru Pembangunan Orang Asli dan Pribumi.

* Memperkukuh JHEOA dengan mentransformasi kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli. -

* Memberi fleksibel cuti bersalin sehingga 90 hari.

Sumber: BERNAMA