Subscribe to RSS feed

Monday, October 24, 2011

Islah Intra-school Debating Championship 2011 (IIDC 2011)



Bismillahirrahmanirrahim,


alhamdulillah, dengan berkat serta Rahmat Allah, dan juga usaha-usaha Alumni K2DI, insyaAllah, akan diadakan satu kejohanan debat dalaman sekolah.



ISLAH INTRA-SCHOOL DEBATING CHAMPIONSHIP 2011



buat julung-julung kalinya diadakan ini, K2DI dalam usaha untuk menarik lebih ramai pelajar untuk menceburi seni perdebatan yang semakin mendapat tempat ini. Kepada semua pelajar SMAI yang mendaftarkan nama, anda akan menyertai kejohanan ini demi memastikan bahawa anda benar-benar mempunyai bakat dalam berdebat.


jangan risau, kalau anda tidak pernah mendapat pendedahan mengenai teknik berdebat kerana kami sendiri akan memberi bengkel tentang teknik dan tips-tips untuk berdebat.

(tarikhnya akan diberitahu kemudian)




Butiran mengenai IIDC 2011:-


Anjuran : Alumni K2DI dengan usahasama AJK K2DI 2011/2012

Tarikh : 15,16,17 November 2011 (tertakluk kepada pindaan)

Tempat : Pusat Pendidikan Al-Islah.

Hadiah : disediakan untuk :- JOHAN KESELURUHAN & NAIB JOHAN

:- 5 PENDEBAT TERBAIK KESELURUHAN

Yuran : RM 2 untuk seorang peserta, (minuman sepanjang hari perdebatan)

Bilangan Kump.: bergantung kepada bilangan pelajar yang mendaftar.(satu team=3 orang)

* ahli kumpulan akan ditentukan oleh alumni untuk bersifat adil dengan semua kumpulan.


sebarang pertanyaan: Zhilal b. Adnan ( facebook: Zhilal Adnan )


wassalam,semoga usaha ini mendapat keberkatan Allah.Amin.