Subscribe to RSS feed

Saturday, June 11, 2011

WIKILEAKS..

Tahukah sahabat sekalian apa itu wikileaks?

Wikileaks telah diasaskan oleh seorang rakyat Australia yang bernama Julian Assange. Beliau telah dilahirkan pada tahun 1971 di Townsville, Queensland. Bekerja sebagai ketua pengarang dan jurucakap Wikileaks. Sebelum Wikleaks, beliau ialah seorang penuntut universiti Melbourne, hacker dan programmer komputer. Beliau telah menubuhkan Wikileaks pada tahun 2006 dan memberikan berita-berita penting dan informasi kepada orang ramai dengan cara mereka sendiri. Antara anugerah yang dimenangi Wikileaks:

(2008) – Economist Index on Censorship Freedom of Expression award
(2009) – Amnesty International human rights reporting award

Julian Assange diundi no 23 di kalangan “50 tokoh Berpengaruh di Dunia 2010″ majalah British, New Statesman. Dinamakan sebagai salah seorang daripada “25 TOkoh berwawasan yang mengubah dunia” Dalam majalah Utne Reader terbitan November / Disember. Beliau juga dipilih dalam majalah Time sebagai “Tokoh Tahun 2010″ pilihan pembaca.

Banyak pandedahan didedahkan oleh laman web Wikileaks, lebih 250,000 dokumen diplomatik yang mengandungi maklumat sulit Amerika Syarikat (AS) dan dikaitkan dengan beberapa negara. Penyelidikan nuklear Pakistan, Pemimpin-peminpin negara Arab terhadap Iran, dan sebagainya. Dokumen-dokumen lain mengenai serangan siber China terhadap Google, Penyatuan semula Korea, Kenyataan Presiden Yemen mengenai serangan ke atas al-Qaeda, Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi dan Gerrard rasa banyak lagi kot dokumen yang akan dibongkarkan.

Wikileaks menggambarkan AS sebagai kuasa besar hipokrit dan imej ‘jahat’ dikatakan secara tertutup berbanding imej ‘baik’ yang ditinjolkan. White House berkata pendedahan tersebut tidak berasas dan membawa risiko kepada diplmat, pegawai risikan dan semua individu yang datang ke AS. Rasa macam nak sokong Wikileaks lak bila tahu semua benda ni.

Terkini, Julian Assange ditahan atas dakwaan dia mencabul dan merogol dua wanita di Sweden dan telah dibebaskan dengan jaminan tetapi dikehendaki melaporkan diri di balai polis berhampiran dan memakai tag elektronik. Bank of America juga menghalang sebarang transaksi dengan Wikileaks kerana percaya mereka mungkin terlibat dengan aktiviti tidak sesuai dengan dasar dalaman bank. MasterCard, PayPal dan juga Visa Europe juga turut menghalang transaksi ke lawan tersebut. Walaubagaimana pun, Wikileaks masih diteruskan dengan lancar dan pendedahan maklumat setiap hari dan tidak akan berubah.

Malaysia pun tidak berkecuali dari menjadi mangsa Wikileaks apabila ianya mendedahkan mengenai kes Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Dato’ Sri Najib Tun Razak, Singapura, kaitan peluru berpandu dan mungkin masih banyak lagi. Seperti yang kita mahu, tiada tipu-menipu, konspirasi dalam semua perkara dan harap pendedahan ni bakal memberitahu yang mana salah dan benar.

Tujuan website ini adalah untuk mendedahkan dokumen sulit lagi kontroversi dan sehingga kini mereka mendakwa mempunyai 1.2 juta dokumen rahsia dalam simpanan mereka. Sumber dari mana dokumen ini didapati tidak diketahui

Contoh pembocoran yg dilakukan :

2010

Pada April 2010, WikiLeaks menghantar video serangan helikopter 2007 di mana orang awam Iraq dan kakitangan Reuters dibunuh oleh tentera A.S., di sebuah tapak web yang dipanggil Collateral Murder. Pada Julai pula, WikiLeaks mengeluarkan Diari Perang Afghan, susunan lebih 76,900 dokumen risikan A.S. mengenai Perang Afghanistan.Pada Oktober tahun yang sama, tapak web ini mengeluarkan pula hampir 400,000 dokumen yang dipanggil Log Perang Iraq dengan kerjasama pertubuhan media komersil utama. Seterusnya pada November, ia mula membocorkan lebih 250,000 kawat diplomatik A.S., sekali lagi dengan kerjasama beberapa pertubuhan akhbar komersil utama.Sekitar 100,000 dilabel "sulit" manakala ~15,000 dokumen lagi dilabel "rahsia".


Fakta yg berkaitan dengan Wikileaks :

21 Dis - AS Kaji Tindakan Terhadap Assange

Di MADRID, akhbar Sepanyol, El Pais memetik Assange sebagai berkata, dia berada dalam “keadaan penahanan berteknologi tinggi” walaupun dibebaskan dengan jaminan oleh sebuah mahkamah Britain minggu lalu sementara menentang perintah ekstradisi ke Sweden, di mana dia dikehendaki untuk disoal siasat berhubung dakwaan jenayah seks.

Biden ditanya sama ada beliau berpendapat Assange seorang pengganas berteknologi tinggi atau pembocor rahsia sama dengan mereka yang mendedahkan Kertas Pentagon - satu siri dokumen sulit penting mendedahkan dasar tentera Amerika di Vietnam.

Satu laporan oleh penyelidik kongres mendapati Akta Perisikan dan undang-undang lain Amerika boleh digunakan untuk mendakwanya, namun tiada kes sebelumnya yang boleh dirujuk untuk mendakwa penerbit itu.

Laporan media menyatakan pendakwa Amerika cuba menyabitkan kes terhadap Assange atas alasan dia menggalakkan seorang askar, Bradley Manning, kini dalam tahanan Amerika, supaya mencuri kabel Amerika daripada sebuah komputer kerajaan dan memberinya kepada WikiLeaks. Assange menafikan mengenali Manning. Biden jelas nampaknya membuka ruang untuk pendakwaan ke atas Assange.

Sumber ini disunting dari Berita Harian


Wikileaks: Hubungan dengan negara sabahat tidak terjejas

13/12/2010 8:16pm

SINGAPURA 13 Dis. — Singapura menyatakan bahawa laporan terkini Wikileaks yang membabitkan pemimpin dan pegawainya mengenai kenyataan yang memudaratkan hubungan persahabatan dengan negara-negara sahabat, tidak akan menjejaskan hubungan republik ini dengan negara berkenaan.

"Hubungan ini telah dibina atas landasan yang kukuh dengan berkongsi kepentingan dan kerjasama untuk manfaat bersama dalam banyak bidang,” kata seorang jurucakap Kementerian Hal Ehwal Luar.

"Singapura mempunyai hubungan, gigih dan positif sekian lama dengan semua negara di rantau ini,” kata jurucakap itu sambil menambah negara-negara berdasarkan hubungan mengenai kepentingan mereka sendiri dan “bukan cakap-cakap atau mengumpat”.

Jurucakap itu menjawab pertanyaan media mengenai laporan akhbar Australia mengenai kabel Kedutaan Amerika Syarikat yang dibocorkan oleh Wikileaks semalam.

Kabel itu, mencatatkan pada 2008 dan 2009, menunjukkan kenyataan yang mengutuk Malaysia, Thailand, Jepun dan India oleh para pegawai kanan Singapura dalam pertemuan dengan para pegawai kanan Amerika Syarikat.

"Laporan akhbar itu berdasarkan interpretasi Amerika Sayrikat mengenai perbualan sulit yang tidak memberikan konteks sepenuhnya, dan dalam sesetengah kes, adalah daripada sumber pihak ketiga,” kata jurucakap itu.
"Sebagai prinsipnya, kementerian itu tidak mengulas mengenai kebocoran itu,” tambah beliau.

Ditanya jika beliau menjangkakan bahawa laporan Wikileaks seterusnya akan mengandungi komen yang kritikal mengenai Singapura oleh negara-negara lain, jurucakap itu berkata: “Beribu-ribu kabel bocor daripada perwakilan diplomatik Amerika Syarikat di seluruh rantau kita.

"Saya sangat terkejut jika Singapura bukan menjadi perkara sekurang-kurangnya sesetengah daripada mereka. Seperti yang saya katakan sebelum ini, kementerian tidak mengulas mengenai kebocoran itu.”
“Singapura menganggap kebocoran maklumat sulit sangat serius dan tidak akan bertolak ansur,” tambah jurucakap itu. - Bernama


0 comments:

Post a Comment